Terjemahan bab puasa Kitab Fathul Qorib atau kitab Taqrib bab puasa ini boleh anda lihat dalam kitab asalnya pada halaman 25 dan 26.
وَشَرَائِطُ وُجُوْبِ الصِّيَامِؤثَلاَثَةُ أَشْيَاءَ: اْلإِسْلَامُ وَالْبُلُوْغُ وَالعَقْلُ وَالقُدْرَةُ عَلَى الصَّوْمِ
Syarat wajibnya puasa adalah ada 3 perkara, iaitu Islam, baligh dan berakal serta mampu/kuasa untuk berpuasa.
وَفَرَائِضُ الصَّوْمِ أَرْبَعَةُ أَشْيَاءَ أَلنِّيَّةُ وَ اَلْإِمْسَاكُ عَنِ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ والْجِمَاعُ وَ تَعَمَّدُالْقَيْءِ
Kefardhuan/rukun berpuasa itu ada 4 perkara iaitu niat, menahan dari makan dan minum, menahan dan menahan dari muntah yang disengajakan.
وَالّذِيْ يَفْطُرُ بِهِ اَلصَّائِمُ عَشَرَةُ اَشْيَآءَ
Dan perkara yang membatalkan oleh perkara tersebut terhadap puasa itu ada 10 perkara
مَا وَصَلَ عَمْدًا إِلىَ الْجَوْفِ أَوْ الْرَأْسِ
Ada perkara yang sampai secara disengaja terhadap jauf atau rongga terbuka atau kepala.
وَ اَلْحُقْنَةُ فِيْ اَجَدِالسَّبِيْلَيْنِ
dan memasukkan ubat pada salah satu lubang.
وَ اَلْقَيْءُ عَمْدًا
dan muntah yang disengajakan.
وَاَلْوَطْءُ عَمْدًا فِى الْفَرْجِ
dan wathi (bersetubuh) yang disengajakan pada farji.
وَ اَلْاِنْزَالُ عَنْ مُبَاشَرَةٍ
dan keluar air mani kerana bersentuhan kulit.
وَأَلْحَيْضُ، وَالنِّفَاسُ، وَالْجُنُوْنُ، وَالرِّدَّةُ
dan haid, nifas, gila serta murtad.
وَيُسْتَحَبُّ فِى الصَّوْمِ ثَلَاثَةُ أَشْيَآءَ
Dan disunnahkan saat berpuasa 3 perkara:
تَعْجِلُ الْفِطْرِ
Menyegerakan berbuka.
وَ تَأْخِيْرُالسَّحُوْرِ
dan mengakhirkan sahur.
وَ تَرْكُ الْهُجْرِ مِنَ الْكَلَاَمِ
dan meninggalkan keburukan dari ucapan-ucapan.
وَيَحْرُمُ صِيَامُ خَمْسَةِ اَيَّامٍ: اَلْعِيْدَانِ وَاَيَّامِ التَّشْرِيْقِ اَلثَّلَاثَةُ
Diharamkan berpuasa pada 5 hari iaitu pada hari raya dan pada hari Tasyrik iaitu 3 hari.
وَيَكْرَهُ صَوْمُ يَوْمِ الشَّكِّ اِلَّا اَنْ يُوَافِقَ عَادَةٌ لَهُ
Dan dimakruhkan berpuasa pada hari yang meragukan kecuali bertepatan dengan kebiasaan orang tersebut melakukan puasa sunahnya.
ومن وطئ في نهار رمضان عامدا في الفرج فعليه القضاء والكفارة وهي: عتق رقبة مؤمنة فإن لم يجد فصيام شهرين متتابعين فإن لم يستطع فإطعام ستين مسكينا لكل مسكين مد
Barangsiapa bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan dengan sengaja pada kemaluan, maka wajiblah ia mengqada' dan membayar kafarat iaitu memerdekakan budak mukmin. Jika tidak ada, wajiblah ia berpuasa 2 bulan berturut-turut. Jika tidak dapat mengerjakannya, wajiblah ia memberi makan kepada 60 orang miskin, untuk tiap orang 1 mud.
ومن مات وعليه صيام من رمضان أطعم عنه لكل يوم مد
Barangsiapa meninggal dunia sedang ia mempunyai tanggungan puasa dari Ramadan, haruslah memberi makan atas namanya kepada orang miskin untuk tiap hari 1 mud.
والشيخ إن عجز عن الصوم يفطر ويطعم عن كل يوم مدا
Orang tua yang telah lanjut usia, jika tidak kuat berpuasa, boleh tidak puasa dan harus memberi makan kepada orang miskin untuk tiap hari 1 mud.
والحامل والمرضع إن خافتا على أنفسهما: أفطرتا وعليهما القضاء وإن خافتا على أولادهما: أفطرتا وعليهما القضاء والكفارة عن كل يوم مد وهو رطل وثلث بالعراقي .
Wanita hamil dan wanita yang menyusui, jika kuatir akan terganggu kesihatan dirinya, boleh tidak puasa dan wajiblah keduanya mengqada'. Jika keduanya kuatir akan terganggu kesihatan anaknya, boleh berbuka puasa dan wajib mengqada' serta membayar kafarat untuk tiap hari 1 mud iaitu 4/3 kati Iraq.
والمريض والمسافر سفرا طويلا يفطران ويقضيان
Orang sakit dan orang musafir yang bepergian jauh boleh keduanya berbuka dan harus mengqada'.
Demikian terjemahan dari Kitab Taqrib bab puasa.
BACA JUGA : 7 Rekomendasi Kitab Fathul Qorib
0 Komentar untuk "Bab Puasa Kitab Fathul Qorib"